Moobara: Teka & Menang RM100,000 Setiap Minggu!

Moobara: Download Game Bola & Menang RM100,000

Anda ingin download game bola untuk smartphone anda tetapi tidak pasti game apa yang paling best? Kami cadangkan anda cuma download game bola bernama Moobara!

Apa itu Moobara?

Download Game Bola Moobara

Moobara adalah sejenis game bola sepak yang membolehkan anda membuat ramalan skor bola sepak liga antarabangsa dan menjanjikan habuan menarik buat pemenangnya. Di dalam game bola sepak ini, anda perlu membuat ramalan gol untuk mana perlawanan-perlawanan di liga antarabangsa, seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Perancis, Liga Sepanyol, dan lain-lain.

Selain Game Bola Sepak, Apakah Fungsi Lain Moobara?

Di dalam aplikasi Moobara, anda juga boleh mendapatkan liputan berita bola terbaru tentang liga antarabangsa. Di sini, anda bolehlah mengikuti perkembangan pasukan dan juga pemain kegemaran anda. Apa yang menariknya, Moobara menyampaikan berita terkini dari luar negara khas buat anda! Jadi, anda tidak perlulah menunggu untuk mendapatkan berita di akhbar mahupun di kaca televisyen.

Bagaimana cara untuk bermain game bola sepak Moobara?

Cara Bermain Permainan Moobara

Kaedah untuk bermain game bola di Moobara adalah sangat ringkas kerana anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah, iaitu:

  • Ketika anda membuka aplikasi ini, anda akan melihat bahagian bermain yang mana anda perlu membuat ramalan gol yang disumbangkan oleh kedua-dua pihak yang bermain untuk 6 perlawanan. Tarikh dan masa perlawanan juga dipaparkan supaya anda boleh menonton perlawanan secara langsung nanti.
  • Kemudian, anda perlu meramal minit gol pertama yang akan dijaringkan untuk mana-mana satu daripada enam perlawanan yang tersenarai. Langkah kedua ini bertindak sebagai tie-breaker untuk menentukan pemain sebagai langkah saringan sekiranya terdapat lebih daripada satu pemain Moobara yang berjaya meramal kesemua gol dengan tepat.
  • Ramalan perlulah dibuat sebelum kick-off bagi perlawanan pertama yang dijadualkan bermula.

Apakah habuannya?

RM100,000 setiap minggu dijanjikan untuk pemain game bola Moobara yang dapat meramal keputusan keenam-enam perlawanan bola sepak yang tersenarai setiap minggu. Bukan itu sahaja, habuan ini akan dibayar secara tunai kepada pemain yang berjaya membuat ramalan tepat!

Tetapi, sekiranya tiada pemain yang berjaya membuat ramalan tepat pada minggu tersebut , pemain Moobara yang mendapat skor ramalan tertinggi akan membawa pulang RM100!

Adakah Moobara satu game yang sah?

Tidak sama sekali! Moobara hanyalah sejenis game bola sepak yang memberikan ganjaran buat mereka yang bijak membuat ramalan keputusan perlawanan berdasarkan kepakaran masing-masing. Anda sama sekali tidak perlu meletakkan sebarang taruhan untuk mendapatkan kelayakan bermain. Ya, permainan ini adalah 100% percuma!

Bagaimana untuk Download Game Bola Sepak Moobara?

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Moobara, anda bolehlah download game bola sepak paling menarik ini di Apple App Store ataupun Google Play Store! Untuk memudahkan anda, di sini kami sertakan pautan untuk memuat turun aplikasi Moobara versi Android ataupun iOS dengan segera di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Moobara di moobara.com.

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh, RM100,000 mungkin menjadi milik anda!