Al-Muslihin Herbs Pelopor Produk Herba Tradisional

Al-Muslihin Herbs Mempopularkan Kembali Produk Herba Tradisional

Manusia sememangnya tidak boleh lari daripada penyakit. Oleh kerana itulah, menjadi penting untuk kita sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang dan pemgambilan ubat-ubatan yang belum (termasuk kaedah perubatan tradisional) untuk melawan penyakit. Namun begitu, terdapat beberapa sebab lain yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan seseorang terpaksa menderita, seperti penyakit resdung, asma, dan banyak lagi.

Evolusi Perubatan Sejak Dahulu Lagi

Oleh kerana inilah, pelbagai inisiatif dalam merawat penyakit telah diambil sejak zaman dahulu lagi. Bermula dengan penggunaan herba yang tumbuh secara semulajadi, tamadun manusia telah mencuba pelbagai kaedah berbeza seperti menggunakan khidmat bomoh sehinggalah mencipta ubat-ubat sintetik.

Namun begitu, tidak dapat disangkal bahawa herba tradisional jugalah sumber penawar yang sebenar. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang dikenal pasti ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Di dalam kitab suci juga ada mengatakan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya, dan tumbuh-tumbuhan yang ada secara semulajadi ini juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Insiatif Yang Diambil Al-Muslihin Herbs

Inilah pendekatan yang diambil oleh pengusaha perubatan tradisional seperti Al-Muslihin Herbs. Produk-produk yang diperkenalkan oleh jenama ini sememangnya diperbuat daripada bahan-bahan asli yang tumbuh secara semulajadi. Sebagai contoh, ubat resdung yang dipasarkan oleh mereka adalah diperbuat daripada campuran kulit kayu manis sebagai bahan utama. Dalam mengekalkan kualiti dan memastikan keberkesanan dan keselamatan penggunaan produk-produk mereka, Al-Muslihin Herbs mengamalkan konsep ethical consumerism yang menitikberatkan kaedah pembuatan yang bersih.

Al-Muslihin Herbs | Pembekal Produk Herba Tradisional di Malaysia

Mereka telah memperkenalkan beberapa rangkaian produk untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, seperti resdung, buasir dan gout. Apa yang menariknya tentang bagaimana perusahaan ubat-ubatan tradisional ini dihasilkan adalah kerana ianya bermula dengan pengasas-pengasas Al-Muslihin Herbs sendiri yang menghidap penyakit-penyakit tersebut. Jemu dengan produk-produk di pasaran yang tidak memberikan kesan yang memuaskan, mereka mula mencari formulasi yang terbaik untuk merawat penyakit-penyakit yang dihadapi. Ringkas kata, niat pengasas perusahaan ini adalah lebih kepada ingin berkongsi produk yang berkesan dan bukanya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.

Melangkah ke hadapan

Mengikut perancangan, Al-Muslihin Herbs akan memperkembangkan lagi rangkaian produknya dengan menambah beberapa jenis ubat berasaskan herba lagi. Diharapkan perusahaan anak-anak tempatan ini dapat melangkah jauh dalam menyebarkan produk yang berkesan dan dapat membantu masyarakat di luar sana menikmati kehidupan bebas penyakit.

Sila layari laman web Al-Muslihin Herbs di almuslihinherbs.com untuk maklumat lanjut.