Tempat Menarik di Perak untuk Sewaktu Cuti Sekolah

Tempat Menarik di Perak

Negeri Perak Darul Redzuan adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai tarikan tersendiri. Ini menjadikan negeri Perak sebagai salah satu lokasi yang wajib dikunjungi terutamanya ketika bercuti bersama ahli keluarga. Anda nak tahu di mana tempat menarik di Perak? Jom kita tengok senarai 5 lokasi terbaik yang ada di sini!

Kellie’s Castle

Tempat Menarik di Perak

Bila bercerita tentang tempat menarik di Perak, Kellie’s Castle pasti ada di dalam fikiran. Ini kerana lokasi ini adalah sesuatu yang cukup ikonik kerana keunikan senibinanya – iaitu kerana ia tidak siap. Pada waktu dahulu, istana ini dibina oleh seorang peladang daripada Scotland yang bernama William Kellie Smith. Tidak dapat dipastikan mengapa istana ini dibina oleh beliau, kerana terdapat ura-ura mengatakan ia dibina untuk anaknya, dan ada pula yang mengatakan ia dibina untuk dijadikan hadiah buat isterinya.

Oleh kerana senibinanya yang unik kerana berkonsepkan senibina Inggeris, anda memang patut membawa ahli keluarga berkunjung ke sini.

 

Tempat Menarik di Perak
Dapatkan maklumat terperinci tempat menarik di Perak di laman web blogger ohsem Malaysia, Aliff.co!

Kapal Korek Tanjung Tualang

Tempat Menarik di Perak

Kapa korek Tanjung Tualang atau lebih dikenali sebagai TT5 ini adalah salah satu warisan peninggalan negeri Perak. Seiringan dengan nama negeri ini sendiri, Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan bijih timah. Untuk pengetahuan anda, nama “Perak” ini diperolehi daripada warna bijih timah tersebut.

Aktiviti pelombongan di negeri Perak menggunakan kapal korek telah pun dihentikan kini, dan TT5 adalah kapal korek terakhir yang ada di Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan negeri Perak dengan kerjasama syarikat separa kerajan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memulihara khazanah negeri ini. Malah, ia sedang dibaikpulih untuk dijadikan lokasi utama pelancongan negeri Perak pada waktu akan datang.

 

Gua Kek Look Tong di Ipoh

Tempat Menarik di Perak

Dengan struktur muka bumi yang dikelilingi gunung-ganang dan gua batu kapur, negeri Perak sememangnya indah. Sekiranya anda berkunjung ke Ipoh, pergilah ke gua Kek Look Tong untuk menikmati pemandangan di dalam gua batu kapur yang sangat menarik.

Meskipun tempat ini adalah tempat beribadat kaum beragama Buddha, lokasi ini telah dijadikan lokasi pelancongan dan dibuka untuk kunjungan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Inilah juga peluang untuk mengenal dengan lebih dekat tentang budaya agama lain.

Zoo Taiping

Zoo ini adalah zoo yang palig tua di negara Malaysia, dan ia mula dibuka untuk kunjungan pelancong seawal tahun 1961. Ia mempunyai tarikan yang tersendiri, dan Zoo Taiping telah menjadi lebih popular sejak memperkenalkan aktiviti kunjungan zoo pada waktu malam atau “night safari”. Ini adalah satu pendekatan yang diambil oleh pihak zoo untuk mengajak para pengunjung mengenali haiwan-haiwan nokturnal dengan lebih dekat pada waktu mereka aktif.

Lokasi sebegini sememangnya sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka akan dapat mengenali hidupan liar dengan lebih baik sebelum ada yang akan diancam kepupusan.

Menara Condong Teluk Intan

Tempat Menarik di Perak

Teluk Intan telah mendapat nama jolok daripada sesetengah pihak, iaitu “Itali Malaysia” kerana adanya menara condong di situ. Menara ini sebenarnya dibina sebagai tangki air. Oleh kerana a tinggi, pihak pentadbiran Teluk Intan telah meletakkan sebuah jam besar untuk rujukan penduduk sekitar Teluk Intan.

Sepertimana yang terjadi kepada menara condong Pisa di Itali, menara Teluk Intan menjadi condong kerana struktur tanah yang lembut. Selain itu, beban air yang ditampung juga menjadi salah satu faktor kecondongan menara ini.

Banyak Lagi Tempat Menarik di Perak

Sememangnya terdapat lebih banyak tempat yang menarik di Perak. Sekiranya anda berminat, silalah layari http://aliff.co/tempat-menarik-di-perak/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.