Ubat Buasir Secara Tradisional Dengan Madu Gamat

Penyakit buasir adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Ianya boeh berpunca daripada pelbagai faktor dalaman  dan luaran, malahan ia juga bergantung kepada gaya hidup seseorang. Sebelum kita bercerita tentang ubat buasir tradisional yang ada di pasaran, terlebih dahulu kita perlu mengenali penyakit buasir itu sendiri.

Penyakit buasir adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku apabila pembuluh darah di bahagian dubur membengkak disebabkan oleh tekanan dan seterusnya mewujudkan benjolan. Apabila benjolan mula timbul, penghidap buasir akan merasai kesakitan terutamanya ketika membuang air.

Jenis-Jenis Buasir

Terdapat dua jenis buasir, iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman adalah buasir yang timbul apabila benjolan wujud di dalam dubur dan ia tidak akan kelihatan daripada luaran. Ini bermaksud peghidap penykit buasir luaran perlu mendapatkan pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Manakala, buasir luaran pula lebih mudah dikenal pasti kerana benjolan tersebut biasanya ada di bahagian dubur.

Punca Buasir

Penyakit buasir boleh berlaku kerana pelbagai faktor. Salah satu daripada sebab utama adalah apabila seseorang terlalu kerap meneran yang boleh berlaku sewaktu membuang air besar (yang disebabkan oleh sembelit) mahupun ketika mengangkat sesuatu yang berat. Oleh kerana ini juga, biasanya penyakit buasir akan menyerang mereka yang sering melakukan aktiviti mengangkat berat (weightlifting).

Selain itu, ia juga boleh berlaku apabila seseorang duduk terlalu lama. Apabila kita duduk terlalu lama, sebenarnya ia akan memberikan tekanan pada saraf di sekitar bahagian dubur yang berpunca daripada tarikan graviti dan berat badan kita sendiri yang seterusnya boleh menyebabkan benjolan wujud.

Cara Mengubati Buasir

Bergantung kepada tahap keseriusan penyakit, buasir boleh dirawat menggunakan pelbagai cara. Sekiranya ia kronik, biasanya pesakit buasir akan perlu menjalani pembedahan untuk membuang benjolan tersebut.  Namun begitu, pembedahan mungkin tidak perlu di dalam kes yang mana tahap buasir adalah tidak kronik.

Meskipun terdapat banyak ubat di farmasi yang boleh diambil sebagai ubat buasir, sebenarnya terdapat cara yang lebih tradisional untuk mengubatinya, iaitu dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di pasaran.

Ubat Buasir Tradisional Menggunakan Madu Gamat

Ubat Buasir Tradisional | Madu Gamat Tariq Sufi

Salah satu daripada produk tradisional untuk merawat buasir adalah dengan mengambil campuran madu gamat. Madu yang sudah pasti mempunyai pelbagai khasiat ini dikatakan dapat memberikan kesan yang baik kepada pesakit buasir, terutamanya apabila ia dicampur dengan gamat. Dengan khasiat yang ada, pesakit buasir tidak perlu bersusah payah mengambil produk yang diperbuat daripada bahan sintetik.

Sila layari http://madugamat.com/ubat-buasir-tradisional/ jika anda berminat untuk mencuba produk madu gamat daripada Tariq Sufi untuk merawat buasir anda.